ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 15 Mei 2020.


PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1)
COVID-19: 88 kes sembuh, 36 kes baharu dan tiada kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 5,439 kes atau 79.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

2) Sambut hari raya secara tertutup di rumah - Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati semua umat Islam yang bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri untuk mengadakan sambutan secara tertutup di kediaman masing-masing.

3) Sistem eCOVID dibangunkan, kumpul data secara berkesan, cepat dan tepat

Satu sistem dikenali eCOVID telah dibangunkan bagi memastikan pengumpulan data berkaitan COVID-19 di lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

4) PKPB: Orang bujang diminta bersabar, masih belum boleh balik kampung

Golongan bujang masih tidak terkecuali daripada daripada larangan melakukan pergerakan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan terutamanya menjelang sambutan perayaan Aidilfitri akan datang.

5) Kelonggaran solat jemaah ditarik semula jika ingkar SOP - Ismail Sabri

Kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan bagi aktiviti solat berjemaah di masjid ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkemungkinan ditarik semula sekiranya terdapat kawasan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.


NORMAL BAHARU

1) Khidmat amil zakat di Pahang dibenarkan


Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkan kutipan zakat fitrah dibuat melalui amil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

2) SPR perkenal SOP khas PRK DUN Chini bagi cegah penularan COVID-19

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) khas bagi urusan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, yang akan diadakan pada 4 Julai ini berikutan pandemik COVID-19.

3) Normal baharu: Sidang Parlimen boleh dilakukan secara maya jika diwartakan - Pakar Perlembagaan

Persidangan Dewan Rakyat boleh diadakan secara maya sekiranya perkara itu diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

4) Persatuan pendandan rambut sedia SOP ketat, rayu kerajaan benar operasi

Persatuan Pendandan Rambut Bumiputera telah berbincang dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang teliti untuk dibentangkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

5) Singapura bangunkan alat saringan COVID-19, berupaya kenal pasti jangkitan lebih pantas

Duke-NUS Medical School di Singapura berjaya menghasilkan alat ujian saringan COVID-19 yang dikatakan berupaya mengenal pasti jangkitan virus itu dalam tempoh hanya satu jam.