ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 18 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: 47 kes baharu, 21 adalah kes import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ni mengesahkan terdapat 47 kes positif baharu COVID-19 dikesan di negara ini sehingga Ahad.

2) Bekas pesakit COVID-19 boleh terima pelawat, tetapi...

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati bekas pesakit COVID-19 untuk tidak menerima pelawat sekiranya masih berada dalam tempoh kuarantin 14 hari di rumah.

3) Jika cara lembut tidak berkesan, KKM guna penguatkuasaan tangani ibu bapa degil

Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang mengadakan perbincangan mendalam mengenai langkah penguatkuasaan yang akan diambil kepada ibu bapa yang masih berdegil membawa kanak-kanak ke tempat awam.

4) Ambil iktibar: KKM nasihat pelajar patuh proses kuarantin di rumah

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati para pelajar untuk sentiasa mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan pihak berkuasa.

5) COVID-19: Singapura catat 305 kes baharu, jumlah jangkitan 28,343

Singapura mengesahkan secara awal pertambahan 305 kes jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 28,343 kes.

NORMAL BAHARU

1) MAINPP larang aktiviti ziarah kubur ketika Aidilfitri

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak membenarkan aktiviti menziarahi ke tanah perkuburan ketika Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

2) Lapor polis jika lihat lebih 20 individu berkumpul sambut Aidilfitri

Polis Labuan meminta penduduk membuat laporan di balai polis berhampiran jika melihat lebih 20 individu berkumpul di sesebuah rumah pada hari pertama Aidilfitri.

3) Jangan buang masa mohon rentas negeri untuk balik Raya - Polis Johor

Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang masa memohon perjalanan rentas negeri untuk pulang berhari raya.

4) Kelab malam, bistro tidak boleh beroperasi sepanjang PKPB di Sarawak

Kelab malam dan restoran yang berkonsepkan bistro tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

5) Anda akan berpindah dalam masa terdekat? Ini tujuh tip untuk anda

Kebanyakan negara di dunia ketika ini masih lagi mengenakan perintah duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Namun, pasti ada yang membuat keputusan untuk berpindah. Ia berkemungkinan selepas anda menyedari keadaan kewangan anda tidak mampu untuk menampung bayaran sewa rumah atau bayaran gadai janji.