Tutup

10 jemaah Malaysia meninggal dunia musim haji kali ini

10 jemaah Malaysia meninggal dunia musim haji kali ini
Mujahid berkata, pihaknya sentiasa mengekori rapat perkembangan terkini di Mekah, Madinah dan lokasi yang lain. - Gambar fail/Reuters
BESUT: Seramai 10  jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia ketika mengerjakan ibadat haji musim ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kesemua jemaah yang meninggal dunia itu disebabkan sakit jantung, jangkitan dan radang paru-paru.

Kesemua jenazah akan dikebumikan di Mekah.
Mujahid berkata, pihaknya sentiasa mengekori rapat perkembangan terkini di Mekah, Madinah dan lokasi yang lain.

Dalam perkembangan lain, kata Mujahid, walaupun keadaan di Mina dilanda hujan lebat dan berlaku banjir namun  pihak Tabung Haji memaklumkan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Isu macam hujan lebat tu (hingga menyebabkan) karpet basah di Mina tu perkara biasa, tapi mereka segera dapat selesaikan dengan ganti karpet baharu. Perjalanan mereka semasa hujan lebat dan banjir tu tak menyebabkan apa-apa kemalangan pun pada jemaah haji kita. Semua selamat. Tak ada isu," ujarnya.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa mengingatkan para jemaah untuk mengambil ubat dan menerima rawatan sekiranya tidak sihat.

Jelasnya, kumpulan jemaah pertama akan kembali ke tanah air pada 19 Ogos ini.

Pada tahun lalu, seramai 42 jemaah dilaporkan meninggal ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Tag: jemaah malaysia, ibadah haji, musim haji, mujahid rawa, mekah, madinah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.