108 penduduk kampung di Selama dipindahkan akibat banjir

108 penduduk kampung di Selama dipindahkan akibat banjir
Kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Masjid Sungai Bayor.
SELAMA: Seramai 108 orang penduduk daripada 48 keluarga dipindah ke pusat pemindahan sementara banjir apabila rumah mereka di tiga buah kampung di sini, dilanda banjir pagi Sabtu.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Selama, Leftenan (PA) Azman Amat, tiga kampung yang terlibat ialah Kampung Sungai Bayor, Kampung Garok dan Kampung Sungai Berdarah.
Katanya, kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Masjid Sungai Bayor yang dibuka kira-kira jam 4 pagi ini.

“Paras air dalam keadaan menaik kerana hujan masih belum reda,” katanya di sini.


Menurutnya, daripada 108 mangsa, 47 adalah terdiri daripada mangsa dewasa, 29 warga emas, 28 kanak-kanak dan 4 bayi.


Seramai 69 anggota dari pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan dalam operasi menyelamat di samping membantu mangsa di pusat pemindahan sementara.




Tag: banjir, Selama, pusat pemindahan, Azman Amat, Kampung Sungai Bayor, Kampung Garok, Kampung Sungai Berdarah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.