Seramai 11 'lanun zaman moden' masing-masing dihukum penjara 16 tahun oleh dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini setelah mengaku bersalah merompak sebuah kapal tangki minyak, awal bulan lalu.
Kesemua warga Indonesia itu diperintah menjalani hukuman tersebut bermula tarikh tangkap antara 6 dan 7 Sept lalu manakala tujuh daripada mereka turut dijatuhi hukuman lima sebatan.
Seramai 10 tertuduh yang berusia antara 31 dan 59 tahun itu didakwa di hadapan Hakim Rofinah Mohamad iaitu Anne Raja, Arsito Mohd Hardi, Kreston Muhaling, La Abu, Bram Ali, Luther Marnis Zachawerus, Badiun, Meidy Hermanus Wajongkere, Rollan Kapahese dan Oktemi Supri.
Kesemua mereka didakwa bersama tiga lagi yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan terhadap kapal MT MGT-1 milik syarikat Marine Global Transport berpangkalan di Thailand sehingga mendatangkan kerugian dan ketakutan terhadap 14 kru kapal tersebut dengan menggunakan senjata pisau dan parang panjang.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di perairan Terengganu pada 8.30 malam, 6 Sept lalu.
Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan mempunyai tanggungjawap terhadap keluarga di Indonesia dan telah menyesal atas perbuatan mereka.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahah Mohd Suah membantah rayuan tersebut ekoran tindakan tertuduh yang mampu mendatangkan pelbagai ancaman terhadap mangsa dan negara.
"Faktor mitigasi (rayuan) adalah bersifat peribadi dan seharusnya tertuduh memikirkannya terlebih dahulu sebelum melakukan rompakan.Tertuduh merupakan lanun di zaman moden yang masih ada sehingga kini," katanya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Rofiah berkata hukuman yang dikenakan adalah bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam kerana perbuatan mereka mampu menjejaskan keselamatan negara dan mereka sepatutnya bersyukur kerana senjata api tidak dijumpai.
Katanya sekiranya terdapat bukti penggunaan senjata api, kesemua mereka boleh meringkuk di dalam penjara sehingga seumur hidup dan rompakan terancang itu tidak berulang.
Sementara itu di hadapan Hakim Mohammad Haidar Abdul Aziz, seorang lagi warga Indonesia Heinrick Piterson Parera didakwa bersubahat bersama tiga yang masih bebas melakukan rompakan yang sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ghazrin Budget Hotel Sdn Bhd, Larkin Johor pada pukul 8.30 malam, 6 Sept lalu.
Bagi kesalahan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan (merompak menggunakan senjata) yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
Mengikut fakta kes, Heinrick berperanan sebagai perancang utama yang tinggal di hotel tersebut dan bertanggungjawab menyediakan kapal serta memantau, mengkaji dan membuat pemerhatian terhadap pergerakan kapal selama dua bulan melalui sistem dalam talian Marine Traffic dan Ship Finder sebelum rompakan dilakukan.
Rompakan tersebut menyebabkan seorang kru mengalami kecederaan dan mereka bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas seorang nelayan membuat laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas terlihat tertuduh memanjat ke atas kapal tangki milik syarikat Thailand itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017
Sekiranya terdapat bukti penggunaan senjata api, kesemua mereka boleh meringkuk di dalam penjara sehingga seumur hidup dan rompakan terancang itu tidak berulang. -APMM
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.