Seramai 7,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertugas membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, mulai 1 April lepas.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata pada fasa pertama PKP pada 18 hingga 31 Mac lepas, pihaknya mengerahkan antara 5,000 dengan 6,000 anggota namun pelaksanaan PKP fasa kedua yang lebih ketat menyebabkan jumlah anggota terlibat ditambah.
"Selain membantu operasi PKP melalui sekatan jalan raya (SJR), seramai 5,000 lagi anggota bertugas menjaga sempadan negara buat masa ini. Penglibatan ATM dilihat banyak membantu pelaksanaan PKP sehingga mencapai kadar pematuhan 99 peratus," katanya.
Ahmad Hasbullah berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SJR di Tanjung Lumpur di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan.
Selain SJR dan sempadan negara, Ahmad Hasbullah berkata ATM juga membantu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor; Sungai Lui, Selangor dan Menara City One di Kuala Lumpur dengan 20 anggota ditempatkan pada satu-satu masa di samping membuat 'baricade'.
"Kita juga giat membantu dan memantau penghantaran bekalan keperluan termasuk makanan di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak mulai Ahad lalu dan dijadualkan berjalan sehingga Jumaat ini," katanya.
Ahmad Hasbullah berkata sehingga kini, tiada anggota ATM yang dilaporkan positif COVID-19 dan berharap ia dapat dikekalkan supaya tidak wujud kluster jangkitan daripada petugas barisan hadapan ketika PKP.
Pada perkembangan berasingan, Abd Jalil berkata pihaknya mengenal pasti 127 pelancong asing di seluruh Pahang yang mengambil keputusan untuk terus tinggal di negara ini ekoran penularan COVID-19 di negara mereka.
Katanya, mereka terdiri daripada 85 orang yang dilaporkan berada di Pulau Tioman dan 42 orang di Cameron Highlands, berusia antara 20 hingga 80 tahun dan berasal antaranya dari Amerika Syarikat, China, Sepanyol, Itali, Perancis dan Britain.
"Mereka sudah berada di tempat peranginan itu sebelum PKP bermula pada 18 Mac lepas dan merasakan lebih selamat untuk terus tinggal di sini berbanding pulang ke negara asal.
"Ada di antara mereka yang visanya sudah tamat tempoh atau hampir tamat dan kita difahamkan Jabatan Imigresen Malaysia telah dimaklumkan mengenai situasi ini dan bersedia untuk membantu mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Ahmad Hasbullah berkata sehingga kini, tiada anggota ATM yang dilaporkan positif COVID-19 dan berharap ia dapat dikekalkan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM
Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran.