Operasi bersepadu selama lebih empat jam berjaya memberkas 1211 orang pendatang tanpa izin yang melakukan pelbagai kesalahan.

Serbuan dilakukan di lokasi Rumah Sementara Pekerja Kontraktor (KOTAI) dan kawasan perkilangan di empat zon melibatkan semua daerah di Johor.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tinggal lebih masa di Malaysia tidak mempunyai pasport dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Beliau sebelum itu mengetuai Operasi Bersepadu 6P di sebuah tapak pembinaan di Taman Mutiara Rini, Skudai.

Lebih 100 anggota turut serta dalam operasi itu yang dibantu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kesemua PATI yang ditangkap di hantar ke depoh tahanan imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut.