Tiga belas jenis barangan harga terkawal diumum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian.

"Ia bertujuan memastikan harga yang telah ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

"Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan harga terkawal di 89 daerah di Semenanjung; 32 di Sarawak; 27 di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

KDNKK

Antara 13 barangan tersebut adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih, ikan bawal putih, udang putih besar dan babi.

Kuat kuasa Skim Harga Barang Kawalan ialah selama 12 hari iaitu enam hari selepas tahun baru Cina dan lima hari sebelum perayaan itu.