Seramai 13 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang terkandas di India selamat tiba di tanah air semalam menerusi penerbangan Air India Express, kata Timbalan Menteri Luar, Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata, kesemua jemaah berkenaan merupakan kumpulan ketiga yang dibawa pulang membabitkan 12 jemaah tabligh di New Delhi yang menjalani proses perundangan serta seorang jemaah tabligh di Amravati, Maharashtra yang bebas daripada sebarang pertuduhan.
"Semua jemaah tabligh berkenaan telah menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya dibawa menjalani proses kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumpulan pertama membabitkan 62 jemaah tiba pada 18 Julai lalu sementara kumpulan kedua dengan 40 jemaah tiba pada 22 Julai.
Kamarudin yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 berkata, sehingga hari ini masih terdapat 74 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang berada di India.
"Daripada jumlah ini, 13 orang berada di New Delhi dan masih menunggu pelepasan dan kebenaran pulang daripada kerajaan India. Seramai 52 orang berada di beberapa wilayah di India (Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu, Maharashtra) dan sedang menjalani proses perundangan.
"Sementara sembilan yang lain masih berada di Kolkata, Bengal Barat dan menanti prosedur perundangan seterusnya," kata beliau.
Wisma Putra menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India, kata beliau, akan terus memantau secara berterusan perkembangan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara, katanya.
"Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India juga akan dipergiatkan lagi dalam usaha memudah cara kepulangan mereka ke tanah air," katanya - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
Seramai 13 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang terkandas di India selamat tiba di tanah air semalam menerusi penerbangan Air India Express, kata Kamarudin. - Gambar Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.