Karya Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee adalah antara 149 warisan negara yang akan dipulihara, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Beliau berkata pengumuman senarai warisan kebangsaan itu, yang termasuk bangunan warisan, akan dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi pada 17 Okt ini.
Beliau berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas usaha untuk memulihara bangunan lama di Kuala Lumpur selepas mengadakan sidang akhbar mengenai " Batik Fun Walk 2018" di sini, paa Selasa.
P. Ramlee meninggal dunia pada 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung telah meninggalkan jumlah karya yang besar dalam bidang perfileman dan lagu.
Menyentuh mengenai Rumah Degil, iaitu Rumah Pusaka Chow Kit yang sedang dibina semula di perkarangan Balai Seni Negara (BSN), Jalan Tun Abdul Razak, beliau berkata rumah itu akan siap pada penghujung November ini.
Muhammad Bakhtiar bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada rumah itu akan dibuka untuk orang ramai atau dijadikan rumah pameran.
Sementara itu Ketua Pengarah BSN Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Warisan untuk memastikan pengisian di dalam rumah itu.
"Kami hendak jadikan Rumah Degil seperti 'living heritage' dan rumah itu mempunyai semangat rumah (tradisional Melayu)," katanya.
Beliau berkata malah kedudukan rumah itu sama seperti kedudukannya di Jalan Chow Kit yang terhimpit dengan bangunan-bangunan konkrit yang tinggi.
"Kami mungkin mengunakan ruang atas untuk pameran, dan di tingkat bawah sebagai ruang aktiviti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018
Rumah Degil di Jalan Tun Abdul Razak sedang dibina semula dan dijangka siap pada penghujung November. - Foto BERNAMA
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
50 penagih dadah ditahan dalam Op Sarang
Seramai 50 individu disyaki penagih dadah ditahan polis dalam Op Sarang di tiga lokasi 'port' penagih di Kuala Lumpur.
149 warisan kebangsaan diumum minggu hadapan
Karya Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee adalah antara 149 warisan negara yang akan dipulihara.
Polis nafi laporan mat rempit berbaju merah berkeliaran di ibu kota
Polis menafikan kesahihan berita dan gambar sekumpulan mat rempit berbaju merah sedang berkumpul dan berkeliaran di Jalan Chow Kit, Pavilion dan Bukit Bintang seperti yang tersebar di media sosial.