15 jenazah orang asli Kuala Koh dikebumi hari ini

15 jenazah orang asli Kuala Koh dikebumi hari ini
Pagi tadi, kesemua 15 jenazah mula dibawa keluar dari Jabatan Forensik HGM untuk disembahyangkan di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG:
15 Orang Asli suku kaum Batek akan dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, di sini hari ini.
 
Mereka ialah Meknab Tebu, 63, Jais Keladi, 55, Romi Hamdan, 29, Leha Hamdan, 26, Haika Rahim, 22, Poja Jong, 21, Farah Rahim, 20, Fayah Papan, 20, Safia Papan, 18, Din Hamdan, 18, Puspa Lie, 5, Nasri Rosli, 3, Mohd. Saleh Khaizan, 1, Amir Lie, 1 dan Jelik Jong yang usia tak dikenal pasti.
 
Terdahulu pada kesemua jenazah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Gua Musang pada pukul 8.30 pagi ke Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra untuk disembahyangkan.

Kesemua jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad. - Foto BERNAMA
Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Masjid, Tengku Muhammad Faiz Petra, Othman Saufi.
 
Lebih 20 wakil agensi berkaitan turut menunaikan solat jenazah.
 
Jenazah kemudiannya dibawa ke kampung halaman mereka di penempatan Orang Asli Batek Kuala Koh, untuk dikebumikan dengan menaiki enam buah kenderaan jenazah.
 
Kesemua jenazah itu dijangka akan dikebumikan mengikut adat agama Islam pada pukul 12 tengah hari ini.
 
Kesemua mayat dan rangka asli berkenaan sudah selesai menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian masyarkat asli Batek Kuala Koh.



Tag: Gua Musang, meninggal dunia, orang asli, jenazah, Islam, kebumi, jenazah Orang Asli, kebumikan, Orang asli suku Batek


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.