Polis menahan 16 individu termasuk seorang warga asing kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan pengganas dalam operasi khas bermula 21 September hingga Khamis lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara yang ditahan adalah seorang guru kaunseling dan seorang pelajar universiti awam.
"14 yang ditahan merupakan ahli daripada sel 'Gagak Hitam' yang diketuai oleh Muhammad Wanndy Muhammad Jedi, anggota Daish yang juga perancang utama pengeboman Kelab Movida di Puchong,
"Semua mereka berbai'ah secara online (atas talian) dan bertindak menyalurkan dana kepada Wanndy yang kini berada di Syria," katanya lagi.
Mereka yang ditahan terdiri daripada lima peniaga, empat juruteknik, seorang guru kaunseling, seorang kakitangan bank, seorang pengurus eksekutif, seorang pencari barang antik, seorang pelajar IPTA dan dua penganggur.
Semua mereka yang berusia antara 20-38 tahun ditahan di sekitar Selangor, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.
Tambah Khalid, seorang suspek warga asing berusia 32 yang ditahan di Selangor disyaki ahli kumpulan Jahbat Al Nusra dan telah beberapa kali masuk ke Malaysia sejak Mei lalu.
"Semasa di Malaysia, suspek disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen perjalanan bagi kegunaan kumpulan Jahbat Al Nusra," katanya.
Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Hakim Rahman
Sun Oct 09 2016
Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). - Gambar PDRM
Kumpulan Sunway kongsi nikmat ramadan melalui jelajah Sinar Ramadan 2024
Bersempena ulang tahunnya yang ke-50, Kumpulan Sunway menjalankan siri jelajah ke lima negeri bagi berkongsi nikmat sebenar ramadan kepada lebih 4,000 golongan kurang berkemampuan.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang dengan syarat
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Pembangunan LRT tidak ancam George Town
Pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang tidak akan mengancam kedudukan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport palsu Perancis.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia
Letupan berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB)
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.
UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi
United Kingdom (UK) meningkatkan tahap ancaman keganasannya pada tahap kedua tertinggi susulan serangan di Austria dan Perancis.