Kerajaan akan menukar gagasan 1Malaysia kepada slogan yang baharu," kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menjelaskan, kerajaan akan mengenal pasti slogan yang sesuai bagi menggantikan perkataan 1Malaysia.

"Untuk projek 1Malaysia, kita terpaksa pindah perkataan 1Malaysia kepada satu slogan yang lain. Namun, waktu ini kita belum kenal pasti slogan yang sesuai," katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Gagasan 1Malaysia sebelum ini diasaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mula menjawat jawatan nombor satu negara itu pada 2009.