Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda berkata beliau bersedia untuk menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan jawapan beliau menjadi sebahagian daripada rekod awam.
Beliau berkata tidak perlu bagi beliau untuk "berbohong atau menyembunyi" apa yang telah berlaku pada masa lalu, seperti yang didakwa oleh mereka yang membuat dakwaan sensasi untuk agenda politik sendiri.
"Oleh itu, saya berharap untuk disoal secara terperinci mengenai perkara ini pada prosiding PAC akan datang dan jawapan saya menjadi sebahagian daripada rekod awam, bagi menyelesaikan perkara ini," kata Arul Kanda.
Menurut laporan sebelum ini, prosiding PAC mengenai 1MDB telah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan. Tarikh-tarikh yang ditetapkan sebelum ialah pada 4,5,6,17 Ogos dan 18 serta 8 dan 10 Sept, 2015.
PAC kini hanya mempunyai sembilan anggota selepas empat yang lain termasuk pengerusi, telah dilantik menjadi anggota Kabinet pada 29 Julai.
Pelantikan pengerusi PAC dan anggotanya dijadual dibuat selepas anggota Jawatankuasa Pemilih, yang bertanggungjawab untuk melantik anggota PAC, digantikan dan dilantik semasa sesi parlimen akan datang yang bermula pada 19 Okt 2015.
"Sebagai Presiden, saya menjawab kepada lembaga pengarah dan para pemegang saham 1MDB. Rekod prestasi saya yang baik membuktikannya dan hanya agenda profesional saya untuk menangani cabaran dalam 1MDB," kata Arul Kanda dalam satu kenyataan akhbar dua muka surat yang antara lain menjawab dakwaan terbaru daripada Sarawak Report, blog yang kini diharamkan di Malaysia, yang mendakwanya berbohong tentang wang tunai di bank dalam artikel terbarunya.
Beliau berkata walaupun Sarawak Report telah menerbitkan beberapa dokumen yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB sebelum ini: "Saya boleh mengesahkan bahawa - dalam kes ini - ia seolah-olah telah menerbitkan satu dokumen 1MDB yang sah, iaitu minit mesyuarat lembaga pengarah pada 12 Jan, 2015.
Arul Kanda berkata ia adalah mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pertama yang beliau hadiri, yang diadakan genap seminggu selepas beliau menyertai syarikat itu pada 5 Jan 2015.
Pada mesyuarat itu, beliau mengakui bahawa beliau menyatakan kepada lembaga pengarah, berdasarkan pemahaman beliau tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum beliau, bahawa penebusan unit dana dibuat secara tunai bagi sejumlah US$940 juta.
Bagaimanapun, apabila siasatan lanjut dan pengesahan, adalah jelas bahawa ini adalah salah faham, yang kemudiannya beliau jelaskan kepada lembaga pengarah dan Kementerian Kewangan.
Penjelasan ini jelas dicatatkan dalam minit mesyuarat lembaga pengarah berikutnya dan boleh disahkan, katanya.
"Pada 13 Jan, 2015, saya mengesahkan melalui satu kenyataan media bahawa baki US$1.11 bilion telah ditebus, sepenuhnya. Malangnya, tidak dibuat secara jelas, adalah bahawa penebusan berlaku sebahagiannya secara tunai dan sebahagiannya melalui jualan unit dana, dengan bayaran tunai tertangguh.
Beliau berkata perbezaan yang penting inilah yang menyebabkan salah tafsir kenyataan beliau, pertama dalam satu wawancara media pada 9 Feb 2015 dan kemudiannya oleh Kementerian Kewangan, dalam jawapan di Parlimen pada 12 Mac, 2015.
"Saya telah menerangkan secara terperinci mengenai urutan peristiwa kepada Jabatan Audit Negara dan kepada juruaudit 1MDB, Deloitte, sebagai sebahagian daripada kajian terperinci dan profesional mereka bagi transaksi 1MDB sebelumnya.
"Selain itu, saya dengan secara terbuka mengambil tanggungjawab penuh pada Jun 2015 bagi salah faham mengenai perkara ini," katanya.
Bernama
Sat Oct 10 2015
ARUL KANDA: Saya berharap untuk disoal secara terperinci mengenai perkara ini pada prosiding PAC akan datang. - Gambar Fail
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.
Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.