Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa agar Ketua Polis Negara segera menjalankan siasatan ke atas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi Azral serta lembaga pengarahnya.

Desakan itu dibuat dalam satu kenyataan susulan pembentangan laporan siasatan PAC terhadap 1MDB yang antara lain mencadangkan siasatan ke atas syarikat itu.

Tony juga mendesak agar bukan sahaja Shahrol dipecat tetapi kesemua anggota lembaga pengarah syarikat itu disingkirkan serta merta atas kegagalan melindungi kepentingan kerajaan dan pembayar cukai.

BACA: Laporan PAC: Tiada kesalahan dalam 1MDB semasa saya berkhidmat - Shahrol Azral

PAC, dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkannya di Dewan Rakyat hari ini, meminta pihak berkuasa menyiasat Shahrol Azral dan para pegawai lain yang berkenaan.

PAC berkata Shahrol Azral perlu bertanggungjawab bagi kelemahan dan kekangan yang wujud dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

BACA: 5 percanggahan utama tindakan pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB