Dianggarkan kira-kira 2,000 penunggang motosikal mengerumuni sebuah stesen minyak di Tikam Batu dekat sini, seawal jam 6 pagi ini, selepas Projek Sedekah Jariah pemberian minyak petrol percuma diviralkan di laman sosial sejak semalam.
Projek berkenaan yang dikendalikan bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Abd Ghani Haron, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ghani, kali pertama dilakukan selepas kenaikan harga minyak petrol bermula awal bulan ini.
Abd Ghani berkata sebaik sahaja dia tiba di stesen minyak terbabit kira-kira pukul 6.15 pagi, sudah banyak motosikal yang berbaris, walaupun dimaklumkan program akan dijalankan dari pukul 6.30 pagi sehingga 10 pagi.
"Projek sedekah jariah sudah banyak dilaksanakan namun pemberian minyak petrol percuma untuk motosikal berkuasa antara 100cc ke 150cc ini, julung kalinya dibuat untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah susulan kenaikan harga minyak.
"Projek hari ini berjalan lancar, ramai penduduk tanpa mengira kaum, agama dan bangsa, sambutan hari ini membuatkan saya berhasrat menjadikannya sebagai program bulanan," katanya kepada Bernama.
Abd Ghani berkata bagi memastikan usahanya sampai kepada kumpulan sasar, lokasi pada masa depan akan tertumpu ke kawasan kampung.
"Dana yang dibelanjakan untuk program hari ini sebanyak RM5,913 dan saya bercadang menambah sehingga RM10,000 untuk projek sedekah jariah bulan depan.
"Dari segi dana, saya mendapat sokongan kuat daripada kenalan menerusi media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, dan mengalu-alukan jika ada yang mahu menyumbang," katanya.
Bergelar pendidik selama 29 tahun, Abd Ghani berkata, usaha yang dimulakannya itu diharap akan memberi semangat dan galakan untuk individu lain turut sama membantu sambil beramal.
"Kita ada teknologi, kenapa tidak digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan, sedekah secara berjemaah lebih besar impaknya dan sesiapa yang mahu menghulurkan sumbangan boleh masukkan ke dalam akaun Maybank 5574 1051 5106," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Stesen Minyak Shell Tikam Batu dekat sini, dibanjiri kira-kira 2,000 penunggang motosikal untuk mengisi minyak percuma yang disumbangkan menerusi Projek Sedekah Jariah kendalian seorang pesara Abd Ghani Haron. - Foto Bernama
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
2,000 penunggang motosikal di Tikam Batu nikmati minyak percuma
Projek berkenaan dikendalikan bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Abd Ghani Haron, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ghani.