Sebanyak 2,023 saman atas pelbagai kesalahan trafik diselesaikan menerusi Op Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) di tiga lokasi berasingan di negeri ini yang bermula Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman SAC Sharul Othman Mansor berkata 1,606 saman yang dijelaskan membabitkan warganegara Singapura manakala selebihnya 417 saman membabitkan warga tempatan.
"OSTWA yang memasuki siri ke-empat di Johor membabitkan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan Lebuhraya EDL, R&R Gelang patah dan Kilometer 3 Jalan Tebrau.
"Sepanjang operasi ini, sebanyak 470 saman baharu dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan serta membuat dua tangkapan terhadap lelaki dan wanita warga tempatan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata beliau kepada pemberita pada hari terakhir operasi hari ini.
Menurut beliau, dua tangkapan itu melibatkan kesalahan menggunakan cukai jalan palsu dan nombor pendaftaran palsu dalam operasi sekatan di Jalan Tebrau.
Sharul berkata OSTWA itu menggunakan dua peranti khas yang dikenali "Mobile Compound Online Payment System" (MCOPS) dan kamera "Intelligent Compound Online Payment System" (ICOPS) untuk menyemak dan mengesan saman tertunggak warga asing secara automatik.
Tambahnya menerusi OSTWA yang dijalankan sejak 2014, ia merekodkan sebanyak 61,057 saman tertunggak membabitkan warga asing atas pelbagai kesalahan daripada jumlah keseluruhan 81,708 saman yang dikeluarkan.
Daripada jumlah itu,sebanyak 37,506 saman tertunggak membabitkan warga Singapura mencatatkan jumlah tertinggi.
Dalam kes berasingan, Sharul mengesahkan terdapat anggota dari jabatannya terbabit dalam kes samun bersenjata di Kuantan, kelmarin.
Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan.
Dalam kes itu, seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun cedera parah di leher kerana terkena tembakan semasa bergelut dengan beberapa individu yang cuba menyamunnya.
Susulan itu membawa kepada penahanan tiga suspek selepas pasukan penyiasat menemukan dompet salah seorang suspek yang mengandungi kad kuasa di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2017
Sharul Othman berkata sebanyak 1,606 saman yang dijelaskan membabitkan warganegara Singapura manakala selebihnya 417 saman membabitkan warga tempatan.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.
179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang 2023.