Dua pelajar kolej ditahan polis kerana memiliki dadah seberat 374 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Stutong, Kuching petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar di dalam kenyataannya berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan pada jam 2.30 petang bersama dengan dadah jenis ekstasi, Erimin 5 dan ketamin.

Menurutnya hasil nilai dadah yang dirampas dianggarkan sebanyak RM37,440.

Siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan kegiatan mengedar dadah semenjak pertengahan tahun lepas dan mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ketamin.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Kelisa, sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R2, wang tunai bernilai RM1,208. - Foto Astro AWANI
Manakala hasil semakan rekod jenayah, kedua-kedua mereka tidak pernah mempunyai rekod jenayah lampau.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Kelisa, sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R2, wang tunai bernilai RM1,208, menjadikan hasil keseluruhan nilai rampasan dianggar RM82,648.

Kedua-kedua suspek kini masih disiasat dibawah Sesyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.