Seramai 20 individu termasuk 14 pelajar sekolah menengah, bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam sambutan hari jadi di dua unit apartmen yang mereka sewa, malam semalam, malah polis menemukan dadah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya membuat pemeriksaan di dua unit apartmen yang dijadikan inap desa itu pada 10.30 malam dan menahan 15 lelaki serta lima wanita berusia 13 hingga 20 tahun.
Hasil pemeriksaan, didapati 10 lelaki dan empat perempuan adalah remaja bawah umur berusia 13 hingga 17 tahun, serta masih bersekolah. Semua mereka yang ditahan itu berasal sekitar Timur Laut, Bukit Mertajam, dan Bayan Lepas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, mereka mendakwa menyewa apartmen itu untuk sambutan hari jadi, dan pemeriksaan lanjut polis menemukan dadah ketamin 1.48 gram bernilai RM220, selain ujian air kencing mendapati enam daripada mereka positif dadah.
Beliau berkata, semua mereka dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana mengingkari PKPB dan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Dalam perkembangan lain, Soffian berkata, 16 individu termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40 tahun ditahan dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 kerana melepak sambil minum minuman keras, dalam restoran di sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini, pada 10.45 malam semalam.
Beliau berkata, kesemua mereka berada di meja makan restoran tersebut, walaupun premis itu telah ditutup pada 10 malam seperti yang disyaratkan kerajaan, sepanjang tempoh PKPB.
Katanya, pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut beberapa kali menegur dan mengarahkan mereka untuk beredar, namun ia tidak diendahkan, sebelum bertindak menghubungi polis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020
Sebahagian daripada 20 individu yang ditahan dari serbuan dua buah apartmen sewa. - Foto PDRM
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.