Setelah dua tarikh akhir gagal dipenuhi selepas rundingan hampir lima tahun, pemimpin dari 16 negara akan bertemu buat kali pertama di sini pada Selasa bagi merapatkan jurang dan merealisasikan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata menteri dan pegawai kanan masing-masing telah bertemu sebanyak lapan kali dan 20 kali, namun gagal mewujudkan blok perdagangan terbesar dunia, yang merangkumi hampir satu pertiga daripada ekonomi global itu.
"Kami masih berhadapan kesukaran untuk merapatkan jurang besar antara negara peserta. Ada dua pandangan utama... yang pertama tahap cita-cita yang rendah manakala yang kedua, sebahagian besarnya negara maju, bercita-cita tinggi," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan sidang kemuncak yang berkaitan.
Menurut Mustapa, tarikh akhir pertama ialah pada 2016 dan kedua tahun ini, dan menambah para pemimpin melihat kelewatan itu sebagai sesuatu yang serius dan memutuskan untuk bertemu pada Selasa bagi mencari jalan untuk memuktamadkan perjanjian.
RCEP ialah perjanjian perdagangan bebas antara 10 anggota ASEAN dan enam rakan dialog mereka - Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.
Ia dilancarkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN 2012 di Kemboja dan menonjol selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan negaranya menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) susulan pemilihan presiden tahun lepas.
RCEP mempunyai 3.4 bilion penduduk, dengan jumlah keluaran dalam negara kasar sebanyak US$ 49.5 trilion atau kira-kira 39 peratus daripada KDNK dunia.
"Bagi TPP, para pemimpin bertemu hampir setiap tahun, dan itulah faktor kejayaannya walaupun Trump mengumumkan pengunduran negara itu kemudiannya," kata Mustapa.
September lepas, laporan media memetik Setiausaha Perdagangan Filipina, Ramon Lopez sebagai berkata bahawa menteri-menteri ASEAN bersetuju ke atas beberapa perkara penting bagi memastikan kemajuan RCEP, manakala satu lagi laporan menyebut India masih menghadapi tekanan untuk memenuhi sasaran liberalisasi.
Mustapa juga berkata Menteri Ekonomi ASEAN menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong, Perjanjian Perdagangan Bebas (AHKFTA) China, dan Perjanjian mengenai Pelaburan antara Negara-Negara Anggota ASEAN dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (AHKIA) hari ini.
Beliau berkata antara lain, pemeteraian ke-13 bagi Malaysia dan ketujuh bagi ASEAN itu akan memberi manfaat besar, termasuk perkhidmatan profesional memandangkan Hong Kong mempunyai antara kadar tertinggi di dunia dari segi perkhidmatan.
AHKFTA merangkumi unsur-unsur berkaitan perdagangan barangan dan isu-isu berkaitan seperti tarif, peraturan tempat asal, langkah bukan tarif, prosedur kastam dan kemudahan perdagangan, pemulihan perdagangan serta halangan teknikal kepada perdagangan.
Yang lain termasuk perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan, hak harta intelek dan penyelesaian pertikaian.
Pada 2015, Hong Kong merupakan rakan dagang ketujuh terbesar ASEAN, manakala blok serantau itu merupakan rakan dagang kedua terbesar Hong Kong, selepas China.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2017
MUSTAPA: Bagi TPP, para pemimpin bertemu hampir setiap tahun, dan itulah faktor kejayaannya walaupun Trump mengumumkan pengunduran negara itu kemudiannya. - Gambar fail
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
20 pusingan rundingan, dua tarikh akhir tidak terlaksana, pemimpin campur tangan
Setelah dua tarikh akhir gagal dipenuhi selepas rundingan hampir lima tahun, pemimpin dari 16 negara akan bertemu buat kali pertama di sini pada Selasa bagi merapatkan jurang dan merealisasikan Perkon