KUALA LUMPUR:Sejumlah 21 individu dikesan positif melibatkan Kluster Kampung Lebu yang merupakan salah satu daripada enam kluster baharu yang dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster tersebut berkait kenduri perkahwinan dan tahlil melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122,732) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.

Data berkait Kluster Kampung Lebu yang dikeluarkan oleh KKM.

"Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19.

"Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong," katanya.

Sehingga 16 Januari, sejumlah 80 individu telah disaring.


[INFOGRAFIK] Ketahui siapa anda dalam rantaian COVID-19
 


Ketahui segalanya tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) DI SINI.