21 mangsa banjir dipindah di Bintulu

21 mangsa banjir dipindah di Bintulu
21 penduduk daripada dua kampung terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat. - Foto Facebook/BintuluInfoFromBintuluWithLove
BINTULU: Seramai 21 mangsa dari dua kawasan di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Balai Raya Kampung Jabai setakat pukul 9 pagi ini akibat banjir kilat melanda kawasan terbabit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan pagi ini berkata kawasan yang dilanda banjir kilat tersebut ialah di Batu 9, Miri-Bintulu dan Kampung Sungai Sebatang.
"Seramai enam mangsa dari Batu 9, Miri-Bintulu sudah dipindahkan ke pusat pemindahan," katanya sambil menambah pusat pemindahan telah dibuka pada 5.45 pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini menyatakan terdapat seramai 15 orang termasuk seorang bayi lelaki dari Kampung Sungai Sebatang dipindahkan ke pusat pemindahan yang sama.

-- BERNAMA



Tag: banjir kilat, Bintulu, mangsa, Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Kampung Sungai Sebatang, bomba


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.