Lebih 2,000 pelajar dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 24 Hour Race di negara masing-masing dalam usaha untuk memerangi perhambaan moden.

Pergerakan 24 Hour Race yang diperintis oleh golongan belia secara global bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM3.1 juta tahun ini untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan anti-perhambaan di Nepal, Hong Kong, Kemboja, Singapura dan Malaysia.

Pengarah Eksekutif 24 Hour Race Kuala Lumpur Cindy Leow berkata, "matlamat kami adalah untuk menghasilkan lebih ramai pemimpin untuk memacu di barisan hadapan menentang perhambaan moden. Sudah tiba masa untuk memacu aktiviti global besar-besaran untuk mewujudkan kesedaran untuk mengambil tindakan secara segera menentang perhambaan. "

Perlumbaan ini melalui penglibatan golongan belia melalui pelbagai aktiviti pengumpulan dana dan program meningkatkan kesedaran bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada badan kebajikan seperti SUKA Society di Malaysia dan Circus Kathmandu di Nepal.

Badan kebajikan ini memberi tumpuan kepada aktiviti pemulihan kanak-kanak dan integrasi semula mereka ke dalam pendidikan, masyarakat dan alam pekerjaan bagi mengubah kehidupan kanak-kanak yang menjadi mangsa perhambaan.

"Di sinilah 24 Hour Race memainkan peranan penting. Kami membawa isu itu ke permukaan. Kami memberi nilai untuk berjuang," kata Pengarah Perancangan dan Kesan, Elena Ortiz.

Bukan sahaja para pelajar ini mengumpul dana dan mewujudkan kesedaran bagi badan amal ini tetapi juga menuntut perubahan undang-undang oleh White House di Amerika Syarikat.

Ini bagi memastikan pesalah laku dibawa ke muka pengadilan atas kesalahan mereka dalam kes penyeludupan manusia dan perhambaan moden.

Petisyen itu dilancarkan 5 November 2015, ketika acara #LightForFreedom dalam usaha untuk mencapai matlamat mengumpul dana RM600,000 pada tahun ini. Bagi merealisasikan hasrat ini, petisyen ini akan memerlukan 100,000 tandatangan dalam tempoh sebulan.

Mereka yang berminat untuk menyokong atau menderma untuk tujuan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada laman web 24hourrace.org/