Kemeriahan Majlis Pernikahan Beramai-ramai Pasir Gudang 2017 pada Ahad, menjadi kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan bagi pasangan raja sehari, Mohamad Sarpan dan Nurul Farhanah Ibrahim, yang turut diraikan pada hari bersejarah itu.
Mohamad, 47, dan Nurul Farhanah, 29, dari Pasir Gudang, adalah antara 24 pasangan pengantin dari kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau yang dirai pada majlis itu, anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Ketika ditemui pemberita, Mohamad berkata sebelum ini, beliau dan isteri merupakan jiran di Taman Cendana, Pasir Gudang dan diperkenalkan atas bantuan rakan dan keluarga.
"Hampir enam tahun kami berkenalan, akhirnya kami dapat membina keluarga bersama dan memandangkan kos untuk mengadakan majlis perkahwinan tinggi, jadi penganjuran majlis ini dapat membantu pasangan seperti kami untuk mendirikan rumah tangga," katanya.
Mohamad yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala Nurul Farhanah bekerja kilang, mengatakan mereka hanya mengeluarkan kos RM1,000 bagi membeli set persalinan pernikahan dan upah solekan.
Turut diraikan, pasangan dari Taman Air Biru, Pasir Gudang, Mohammed Fikri Mohd Abdul Rahman Balin, 25, yang merupakan penyelia di sebuah stesen minyak, dan Nur Husnina Mohd Zuki, 25, jururawat di sebuah klinik swasta.
Mohammed Fikri berkata beliau amat bersyukur dapat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya setelah mereka berpisah selepas masing-masing meninggalkan alam persekolahan.
"Saya tidak sangka bertemu semula dengan isteri pada majlis perjumpaan sekolah kami. Saya bercadang berkahwin pada tahun depan namun masih tidak cukup wang, jadi kami sangat bersyukur kerana akhirnya dapat berkahwin dalam majlis besar-besaran ini," katanya.
Terdahulu, majlis pernikahan kesemua 24 pasangan itu dijalankan pada pagi tadi oleh enam jurunikah dari Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru diketuai Kadi, Dzulkafli Mohamed, sebelum diikuti majlis persandingan pada tengah hari.
Hampir 20,000 orang terdiri daripada anggota keluarga dan rakan pasangan pengantin menghadiri majlis yang bermula 9 pagi hingga 5 petang itu.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang berkata MPPG menerima hampir 50 permohonan, namun hanya 24 diluluskan untuk majlis berkenaan.
"MPPG memberi keutamaan kepada pasangan yang tinggal di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau. Kos mengadakan majlis ini juga semuanya ditanggung pihak penganjur dengan peruntukan setiap pasangan RM3,000.
"Syarat permohohan adalah bagi mereka berpendapatan bawah RM3,000. Ia membantu pasangan untuk tidak mengeluarkan kos yang banyak kerana mereka hanya perlu membayar mas kahwin sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2017
Seramai 24 pasangan melangsungkan perkahwinan beramai-ramai di Pasir Gudang, Johor. - Gambar Bernama
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Pesara pensyarah rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara pensyarah kerugian lebih RM1 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
Polis tahan tujuh anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Johor Bahru bermula 28 Mac hingga semalam.
Ibu dan anak antara didakwa eksploitasi wanita untuk seks
Seorang ibu dan anak lelakinya bersama seorang wanita warga Indonesia dituduh memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks.
30 bangunan di bandar raya JB dicemari vandalisme
Pintu-pintu premis melibatkan lebih 30 bangunan itu menjadi mangsa vandalisme terutama di Jalan Tan Hiok Nie, Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Abdul Razak.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Padah benar kanak-kanak memandu
Suspek berusia 25 tahun juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
PAJ kumpul maklumat, atasi kesesakan trafik di Johor Bahru
PAJ sedang mengumpul maklumat berkaitan kesesakan trafik khususnya di Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya itu.
Ancaman bom di premis MBJB disahkan palsu
Ketika ancaman tersebut diterima, bangunan ini terdapat lebih 500 termasuk kakitangan dan orang awam.
Zoo Johor dibuka semula April, harga tiket kekal paling murah di Malaysia
Pelbagai kemudahan dan infrastruktur sedang dinaik taraf melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.