Sebanyak 240 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil di peringkat persekutuan dan negeri.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 74 syor dikemukakan terhadap aktiviti kementerian/jabatan dan badan-badan berkanun persekutuan, 36 syor (pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan) serta 130 syor bagi pengurusan aktiviti kementerian/jabatan/agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.
Beliau berkata sebanyak 19 pengauditan prestasi dan lapan pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan bagi LKAN 2016 Siri 2 itu.
"Di peringkat negeri, 25 pengauditan prestasi dan 11 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan negeri telah dijalankan.
"Pengauditan merangkumi pelbagai bidang, antaranya, pengurusan program, pembinaan, penyenggaraan dan naik taraf, perolehan serta pengurusan syarikat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Katanya, laporan itu juga meliputi pengesahan penyata kewangan badan berkanun persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan, Akaun Amanah dan Agensi Lain, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta penyata kewangan kerajaan negeri dan prestasi kewangan agensi bagi tahun 2016.
Madinah berkata pada tahun 2017, Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap 145 Penyata Kewangan bagi tahun kewangan 2016 iaitu 133 badan berkanun persekutuan, 10 Kumpulan Wang Persekutuan dan Akaun Amanah serta dua agensi lain.
Beliau berkata sebanyak 126 penyata kewangan telah diberi Pendapat Tanpa Teguran; Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matters (12); Pendapat Berteguran (empat) dan satu Pendapat Bertentangan, manakala dua penyata kewangan masih belum disahkan setakat 15 Sept 2017 kerana kelewatan mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan yang tidak lengkap.
Bagi pengauditan terhadap 310 Penyata Kewangan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri pula, katanya, sebanyak 287 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Audit Tanpa Teguran.
"Sebanyak lapan penyata kewangan telah diberikan Pendapat Audit berdasarkan 'Emphasis of Matter' dan 15 penyata kewangan pula telah diberikan Pendapat Audit Berteguran," katanya.
Katanya, lapan penyata kewangan masih dalam proses pengauditan kerana kelewatan agensi mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan yang tidak lengkap selain baki tiga penyata kewangan masih belum dikemukakan oleh agensi kepada pihak Audit untuk pengauditan.
Madinah berkata Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat berhubung dengan isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen, hari ini.
Katanya, kandungan dan sinopsis LKAN 2016 Siri 2 itu boleh dilayari dalam laman sesawang Jabatan Audit Negara di https://www.audit.gov.my/ mulai hari ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Madinah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 74 syor dikemukakan terhadap aktiviti kementerian/jabatan dan badan-badan berkanun persekutuan. - Gambar fail
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati kos RM129 juta dibelanjakan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 1 tidak berbaloi.
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
UiTM Holdings belum capai objektif, mandat jana kekayaan buat UiTM - PAC
PAC mendapati UiTM Holdings Sdn Bhd serta anak-anak syarikatnya masih belum mencapai objektif dan mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
PAC pandang serius, bimbang dengan kelewatan kemajuan pembinaan kapal LCS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memandang serius isu kelewatan kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
PAC mula prosiding isu MLFF pada sidang Parlimen akan datang
PAC bercadang memulakan prosiding berhubung pengurusan pelaksanaan projek Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat.
Kenaikan kos RM2.068 bilion LCS ambil kira penjimatan RM450 juta secara keseluruhan - PAC
Bahagian Audit Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu semakan terperinci bagi mengesahkan nilai kos tambahan tersebut.
Inkuiri HRD Corp: PAC panggil Sivakumar Khamis depan - Mas Ermieyati
Turut dipanggil ialah wakil Kementerian Kewangan dalam HRD Corp yang diminta hadir pada 1 November 2023.
PAC bentang laporan pengurusan wabak COVID-19 pada 30 Oktober ini
Mas Ermieyati memaklumkan PAC akan memulakan prosiding berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp pada 23 Oktober ini.
PAC kemuka lapan syor berhubung industri padi dan beras negara
Kerajaan perlu mengkaji alternatif dalam menjamin kestabilan industri beras negara bagi mengelak kebergantungan kepada perjanjian konsesi Bernas.