Sebanyak 25 individu termasuk remaja dan warga asing disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dicekup dalam serbuan di sebuah lokasi tidak bernombor oleh pasukan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 16 tahun hingga 43 tahun.
"Pasukan Operasi JSJN IPK Sarawak telah membuat intipan sebelum melakukan serbuan pada jam 9 pagi sehinggga 3.30 petang," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Serbuan ke atas rumah tidak bernombor itu kata Sahar, telah berjaya menangkap 25 lelaki yang mana 18 daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
Menurut Sahar, kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemuanya ditahan di lokap Balai Polis Bintulu untuk siasatan lanjut.