26 wanita warga asing disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran ditangkap malam tadi dalam satu serbuan polis di tiga premis refleksologi dan kesihatan sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan Jalan Klang Lama.

Serbuan yang diketuai Pegawai dari Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3
Perjudian/ Maksiat/ Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman Supt Muhammad Idzam Jaafar bersama lima pegawai dan 14 anggota itu dijalankan secara serentak.

Enam wanita warga asing ditangkap bersama seorang penjaga dan pelanggan di serbuan pertama di TTDI sementara tujuh lagi wanita asing ditahan di lokasi berdekatan.

Dalam serbuan ketiga, 12 wanita asing diberkas bersama tiga pelanggan dan seorang penjaga di pusat refleksologi di Jalan Klang Lama.

Perlatan seks seperti kondom dan minyak pelincir juga ditemui semasa serbuan.

Wanita-wanita warga asing dari Vietnam, China, Thailanda dan Laos itu didapati telah menyalah gunakan pas lawatan sosial.

Kesemua wanita yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Brickfields untuk siasatan lanjut di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) .