Cubaan sebuah syarikat membawa masuk 27 tan kulit ayam sejuk beku dari Netherlands ke negara ini gagal selepas barang dagangan itu dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Pulau Pinang.

Dalam pemeriksaan rutin di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) jam 11.50 pagi Isnin,
sebanyak 1375 kotak kulit ayam sejuk beku gred A di rampas didalam sebuah kontena yang bernilai RM100,521.85.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri, Zarina Ramli, rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati produk dagangan itu tidak mematuhi syarat import sepertimana yang dinyatakan pada permit import Maqis.

“Kulit ayam tersebut adalah dipercayai untuk diproses menjadi produk makanan segera seperti sosej, nugget dan produk lain bagi pasaran negara ini dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama