Sebanyak 289 orang daripada 89 keluarga mangsa banjir dan tanah runtuh dari tiga buah kampung dan sebuah taman perumahan di negeri ini masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan banjir.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Yahya Madif berkata 50 orang daripada 17 keluarga dari Taman Pulai Raya, Simpang Pulai ditempatkan di Dewan Orang Ramai Taman Bersatu manakala 56 orang daripada 17 keluarga dari Kampung Simpang Buloh dan Kampung Serapoh Akar, Parit ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Serapoh.

"Sementara 167 orang daripada 50 keluarga dari Kampung Simpang Buloh Akar dan Kampung Serapoh, Parit dipindahkan di Dewan Orang Ramai Simpang Tiga dan 16 orang daripada lima keluarga dari Kampung Teluk Yan 2, Pantai Remis iaitu mangsa tanah runtuh ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan 2," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata keadaan kampung dan taman perumahan berkenaan masih dinaiki air setinggi 0.5 meter akibat hujan lebat sejak beberapa hari lepas.