3 sebab untuk memohon Program Biasiswa Astro 2016

3 sebab untuk memohon Program Biasiswa Astro 2016
Program Biasiswa Astro 2016 dibuka untuk permohonan mulai 15 Mac, 2016
KUALA LUMPUR: Program Biasiswa Astro 2016 dibuka untuk permohonan mulai hari ini.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang dahagakan kejayaan, tetapi ia juga membentuk kerjaya mereka dan menjadikan mereka individu yang bertanggungjawab.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2016.


Berikut  3 sebab utama mengapa anda perlu memohon:

1. Peluang untuk memulakan kerjaya cemerlang anda bersama Astro!

2. Pendedahan kepada kandungan dan kumpulan pengguna yang terkemuka di Malaysia serta industri penyiaran juga media keseluruhan – dengan menjalani latihan, sesi jaringan berpotensi dengan 'Senior Leadership Team' Astro.
3. Bantuan kewangan untuk meneruskan pembelajaran dalam program pengajian pra-uiversiti , sarjana muda dan sarjana (bidang yang terpiilih sahaja) pilihan mereka di mana sahaja. Bantuan kewangan merangkumi yuran pengajian, tambang penerbangan (awal dan akhir kursus) dan elaun sara hidup

Butiran

Kategori 1: Biasiswa (Pra-Universiti / Program Asasi / Diploma / Sarjana Muda)

• Bantuan kewangan bagi pra-universiti / pengajian sarjana muda  di institusi tempatan dan luar negara

•  Pertimbangan khas akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah tahunan tidak melebihi RM 30,000

Syarat-syarat

• Rakyat Malaysia
• Mempunyai penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial atau sukarela
• Tidak terikat dengan mana-mana syarikat lain / institusi (tidak termasuk PTPTN & JPA)
• Sanggup terikat dengan Astro
• Sedang mengikuti atau telah memperolehi kemasukkan bersyarat atau tidak bersyarat untuk mengikuti program pra-universiti / sarjana muda
• Keputusan akademik yang konsisten dan cemerlang
• Keputusan akademik minimum yang diperlukan untuk permohonan pra-universiti / program asasi / diploma ialah:
- SPM / O-Level - Min 8A

• Keputusan akademik minimum yang diperlukan untuk permohonan sarjana muda adalah:
-SPM / O-Level - Min 8A

             DAN

 
- A- Level / STPM - Min 4A
- Matrikulasi Australia - Min 90.0
- Matrikulasi Kanada - Min 90.0
- Matrikulasi Tempatan - Min CGPA 3.7
- Diploma - Min CGPA 3.7
- Program Asasi - Min CGPA 3.7
- ADP - Min CGPA 3.7
- IB - Min 36
- UEC - Max 5

• Disahkan sihat oleh doktor panel Astro setelah disenarai pendek untuk anugerah biasiswa
• Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan salah laku yang serius di sekolah , institusi pengajian atau tempat kerja
• Berada di Malaysia untuk menghadiri penilaian yang diperlukan pada bulan Mei / Jun


Bidang Pengajian

• Perniagaan dan Ekonomi
• Kewangan dan Perakaunan
• Sains Aktuari, Statistik dan Matematik
• Komputer dan Teknologi Digital
• Kejuruteraan (Audio, Penyiaran , Elektrik , Elektronik & Sistem, Mekatronik , Telekomunikasi, Komputer)
• Komunikasi dan Perhubungan Awam
• Kewartawanan
• Linguistik dan Pengajian Bahasa
• Sains Sosial
• Seni dan Reka Bentuk

Kategori 2: Biasiswa (Sarjana)

Bantuan kewangan di institusi terkemuka untuk pembelajaran:
- MBA / Executive MBA
- Sarjana Data Analitik / Sains

Syarat-syarat

• Rakyat Malaysia
• Pengalaman kerja yang sesuai akan diambil kira
• Tidak terikat dengan mana-mana syarikat / institusi lain
•  Sanggup terikat dengan Astro
• Sedang mengikuti atau telah memperolehi kemasukkan bersyarat atau tidak bersyarat untuk mengikuti program MBA / Executive MBA/Sarjana Data Analitik / Sains
• Disahkan sihat oleh doktor panel Astro setelah disenarai pendek untuk anugerah biasiswa
• Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan salah laku yang serius di sekolah , institusi pengajian atau tempat kerja
• Berada di Malaysia untuk menghadiri penilaian yang diperlukan pada bulan Mei / Jun