Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menubuhkan unit khas yang bertanggungjawab meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) anggota polis terutamanya mereka yang berada di lapangan.
Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye, berdasarkan statistik polis, secara purata sekurang-kurangnya 32 pegawai dan anggota polis meninggal dunia setiap bulan ketika masih bertugas.
"Pelbagai insiden kemalangan dan peningkatan kes penyakit pekerjaan melibatkan anggota polis menunjukkan keperluan untuk mengatasi masalah tersebut secara berkesan.
"Insiden terbaru melibatkan lapan anggota polis yang mengadu tidak sihat selepas terhidu bahan kimia ketika memeriksa 15 tong dipercayai mengandungi sodium sianida di sebuah ladang kelapa sawit di Karak, Khamis lepas (1 Ogos).
"Berdasarkan data antara tahun 2010 dan 2014, seramai 1,324 pegawai dan anggota polis maut, manakala 359 yang lain cedera dan terlantar akibat hilang upaya kekal ketika melaksanakan tugasan menjaga keamanan negara," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata kewujudan Unit KKP dalam PDRM boleh membantu agensi penguatkuasa tersebut mengurus sistem keselamatan dan kesihatan berkaitan pekerjaan dengan baik agar dapat mengurangkan kadar kematian dan kemalangan dalam kalangan pegawai dan anggota polis setiap tahun.
Kebanyakan kematian berlaku membabitkan kes kemalangan bencana ketika bertugas dan kemalangan ketika dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan, ujar beliau.
"Merujuk kepada Seksyen 3 (3) dan Seksyen 20 Akta Polis 1967, iaitu berkaitan kewajipan asasi dan perincian tugas anggota PDRM, ia menunjukkan tugasan mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko.
"Antara risiko yang dihadapi termasuk pendedahan terhadap bahan kimia jika pegawai dan anggota terlibat terlibat di dalam penyiasatan kes pencemaran bahan toksik sepertimana kes yang berlaku di Karak baru-baru ini," jelasnya.
Lam Thye turut menyatakan anggota polis juga terdedah dengan pelbagai bahan pencemaran lain serta penyakit kerana sering dilihat tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai ketika berada di lapangan.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 turut meletakkan institusi PDRM sebahagian dari sektor yang perlu mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"Oleh itu, jika kita ingin melihat sektor ini berkembang baik dari sudut pengurusan KKP maka penubuhan Unit KKP menjadi satu keperluan sepertimana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah pun mewujudkan unit ini
"Sehubungan itu, NIOSH sebagai sebuah agensi yang diberikan tanggungjawab untuk meningkatkan tahap KKP dalam negara, bersedia untuk membantu PDRM menubuhkan Unit KKP tersebut dengan menyediakan tenaga pakar dan modul latihan bersesuaian," katanya lagi.
Antara lain, Lam Thye berkata PDRM perlu diberikan kesedaran mengenai KKP selain mengguna pakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).
Ini akan membantu mereka untuk mengenal pasti bahaya dan risiko dan mencari cara untuk mengelak atau mengurangkan kesannya termasuk penggunaan PPE yang sesuai, ujar beliau.
Afiezy Azaman
Mon Aug 05 2019
LAM THYE: Pelbagai insiden kemalangan dan peningkatan kes penyakit pekerjaan melibatkan anggota polis menunjukkan keperluan untuk mengatasi masalah tersebut secara berkesan. - Gambar fail/BERNAMA
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
32 anggota polis meninggal dunia setiap bulan, PDRM digesa tubuh unit KKP
PDRM digesa menubuhkan unit khas yang bertanggungjawab meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) anggota polis terutamanya mereka yang berada di lapangan.