Seramai 320 penduduk yang terlibat dalam Skim Penempatan Semula Kampung Blateh, Kapit menerima Surat Hak milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Sarawak.

Majlis penyerahan surat hakmilik tersebut telah disempurnakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha mempercepatkan kerja-kerja penyukatan tanah sebelum diserahkan kepada pemilik.

Tegas beliau, pihaknya tidak melakukan penyukatan secara membuta tuli sebaliknya ada mengadakan dialog bersama mereka yang terlibat.

"Kita melakukan penyukatan secara perimeter termasuk ukur keliling yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

"Malah, untuk mempercepatkan proses penyerahan kita juga menggunakan perkhidmatan pihak swasta untuk bantu kita melakukan penyukatan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, pemilik tanah turut melahirkan rasa gembira sebaik sahaja menerima sijil pemilikan tersebut.

Rata-rata mereka berterima kasih kepada kerajaan atau usaha yang dilakukan.

Seorang penianga, Ramah Sadan berkata, dia sudah lama menggunakan sijil pemiilikan itu.

"Sukalah dapat surat tanah itu. Sudah lama mahu dapat tetapi baru dapat sekarang," katanya.