Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama setakat tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.
Katanya, daripada jumlah itu, tiga kesalahan telah dijatuhkan hukuman, enam sedang dibicarakan, sembilan dalam tindakan Jabatan Peguam Negara, empat dalam siasatan polis dan 12 kes sebagai 'Tiada Tindakan Lanjut' (NFA).
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang memainkan isu agama dan kita akan ambil tindakan tegas kepada mereka yang sering melakukan provokasi tanpa mengira kaum dan agama," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) tentang jumlah kes penghinaan agama yang direkodkan kementerian pada tahun ini.
Mohd Azis berkata, pada masa ini, KDN masih menjalankan kajian lanjut berhubung pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan berpendirian kesalahan yang berkaitan dengan perlindungan institusi diraja, kaum dan agama perlu terus dikekalkan dengan memindahkannya ke dalam undang-undang lain sedia ada seperti Kanun Keseksaan atau diwujudkan undang-undang baharu jika perlu.
Jelasnya, ia bagi memastikan tiada kelompangan undang-undang berlaku sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.
Selain itu, KDN katanya, sedang membuat kajian dan cadangan penambahbaikan akta-akta sedia ada supaya tindakan lebih berkesan serta menyeluruh dapat diambil polis terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif.
"Pihak polis juga telah menubuhkan unit pemantauan dan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial di peringkat daerah dan kontinjen supaya tindakan segera diambil sebelum isu sensitif merebak menjadi permusuhan antara agama dan bangsa," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) sama ada kementerian bercadang menubuhkan mahkamah khas untuk menyelesaikan kes penghinaan agama, Mohd Azis berkata, tiada keperluan untuk itu pada masa ini kerana akta sedia ada dan prosedur operasi standard (SOP) kementerian masih memadai. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 31 2019
Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama setakat tahun ini, kata Mohd Azis Jamman. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Orang ramai diminta henti perbuatan hina agama di media sosial - Mohd Na'im
Seluruh masyarakat berbilang bangsa dan agama perlu gunakan platform media sosial untuk tujuan merapatkan hubungan serta mengeratkan perpaduan.
Lelaki ditahan hina agama, persenda ucapan salam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menghina agama Islam dengan mempersenda ucapan salam susulan satu klip video berhubung kes itu tular di media sosial.
Tujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka - Teo Nie Ching
Kerajaan juga tidak berhasrat untuk menyekat akses masyarakat kepada dunia digital menerusi pelbagai platform media sosial pada masa kini.
Akta sedia ada mencukupi untuk denda individu hina Islam - Idris
Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
Hina agama: Tiada kompromi kepada pihak sengaja lakukan provokasi - Ahmad Marzuk
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama.
Lapor kepada pihak berkuasa jika Islam dihina, jangan ambil tindakan sendiri
Undang-undang di Malaysia adalah mencukupi untuk digunakan bagi menghukum individu yang menghina kesucian agama Islam.
Rasa kecewa, putus asa hadapi masalah hidup punca hina agama
Perasaan kecewa dan putus asa apabila berhadapan dengan masalah-masalah hidup menjadi antara kemungkinan seseorang bertindak menghina agama.
Tiada kompromi perlakuan hina agama, provokasi permusuhan
Rakyat diseru untuk lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian beragama dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
Hina Islam: Siti Nuramirah mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM20,000
Siti Nuramira dikenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, selain perlu serahkan pasport kepada mahkamah.