Geran Khas Prihatin (GKP) untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) mikro akan mula dibayar kepada pemohon yang layak pada penghujung Jun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebanyak 35,800 daripada 81,260 permohonan telah diluluskan dan mereka boleh membuat semakan bermula 9 Jun.

“Tempoh rayuan masih dibuka sehingga 15 Jun melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. Saya diberitahu LHDN bahawa antara sebab-sebab tidak lulus adalah salah isi borang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebanyak 35,800 daripada 81,260 permohonan telah diluluskan dan mereka boleh membuat semakan bermula 9 Jun.

“Contohnya syarikat yang didaftar sebagai ‘sendirian berhad’ diisi sebagai ‘perkongsian’ dalam borang permohonan asal. Dalam portal rayuan, perayu boleh mengemukakan sijil syarikat yang berkenaan untuk pertimbangan lanjut LHDN.

“Saya berharap pemilik perniagaan mikro mengambil peluang untuk perkara ini,” katanya dalam sesi Facebook Live Perkongsian Laporan Ke-8 Pencapaian Prihatin - Laksana pada Selasa.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebanyak 35,800 daripada 81,260 permohonan telah diluluskan dan mereka boleh membuat semakan bermula 9 Jun.

April lepas, kerajaan bersetuju melancarkan GKP berjumlah RM2.1 bilion, khusus untuk membantu syarikat PKS mikro menangani impak kewangan akibat COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui inisiatif itu, kerajaan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.