Keghairahan 39 individu berpesta dadah bagi meraikan sambutan hari jadi di atas rumah bot di tasik peranginan di Terengganu terhenti apabila diserbu polis awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu pihaknya mendapati 35 daripada mereka positif dadah Amphetamine manakala empat lagi negatif.
Katanya hasil siasatan kesemua mereka mengaku mengambil dadah jenis eramin 5 dan ekstasi serta mula berpesta sejak pukul 11 malam Selasa.
“Kita mengesyaki terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah dan aktiviti tidak bermoral di atas rumah bot yang dinaiki 31 lelaki Melayu dan lapan wanita.
“Hasil pemeriksaan lanjut didalam sebuah bilik pihak polis menemui satu botol lutsinar mengandungi cecair kehitaman dipercayai dadah,” katanya dalam satu kenyataan disini,hari ini.
Mohd adli berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 45 tahun itu beralamat di Marang dan Kuala Terengganu.
Jelasnya pemeriksaan juga mendapati pemandu dan seorang kru rumah bot terbabit positif dadah.
Beliau berkata kesemua yang ditangkap disiasat mengikut seksyen 15 (1) (a) Akta Penagih Dadah 1983 manakala satu kes disiasat mengikut seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
Nur Fazlizai Ali
Wed May 02 2018
Polis mengesyaki terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah dan aktiviti tidak bermoral di atas rumah bot yang dinaiki 31 lelaki Melayu dan lapan wanita.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Polis UAE rampas 13 tan biji amphetamine bernilai RM4.68 bilion
Dadah yang dikenali sebagai Captagon itu ditemui selepas polis mengesan lima kontena barangan perabot yang mencurigakan.
40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan
Serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Anak Rhoma Irama ditangkap lagi, pil ekstasi ditemui dalam seluar, positif amfetamin
Sewaktu serbuan dibuat di unit apartmen berkenaan, Ridho sedang bersama dua orang lelaki lain.
Tokan dadah nekad panjat zink rumah, ditahan
Suspek seorang lelaki warga Indonesia berumur 39 tahun yang tidak bekerja tetapi aktif mengedar dadah sejak tahun 2014 serta memiliki empat rekod jenayah lampau.
Tujuh remaja 'lalok' dadah ditahan di pusat hiburan
Kesemua mereka yang ditahan akan menjalankan program pemulihan bersama AADK.
Seorang ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah
Ujian air kencing suspek lelaki berusia 46 tahun itu disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dadah psikotropik - Nur Jazlan
Harga serendah RM5 menjadi antara faktor mengapa semakin ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini terlibat dengan dadah psikotropik.
Pemandu khayal sebelum terlibat kemalangan lawan arus - Polis
Suspek yang berasal dari Taman Desa Murni itu sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun disebabkan khayal, suspek telah terlajak ke hadapan berhampiran tol.
Sembilan lelaki, 16 wanita ditahan di sebuah premis hiburan di JB
Polis menahan sembilan lelaki dan 16 wanita semasa Ops Gempur di sebuah premis hiburan di Jalan Tebrau, di sini, awal hari ini.