Sebanyak 35 premis diberi nasihat sementara sebuah lagi diberi amaran kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga semalam, sebanyak 1,733 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dijalankan.

"Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,733 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,697 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 35 premis diberi nasihat dan 1 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP," katanya dalam kenyataan media Pelaksanaan PKP pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 534 premis perniagaan telah diperiksa oleh anggota penguatkuasa KPNHEP dalam operasi pemantauan 12 jenis bekalan barangan keperluan utama.

"Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 543 premis perniagaan termasuk peruncit (390), pemborong (130) dan pengilang (23).

"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi," katanya.

Beliau turut mengesa pengusaha dan orang ramai agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutama ketika aktiviti jual beli barangan keperluan harian.