Sebanyak 4,215 jenis ubat-ubatan dibawah Senarai Ubat Penting Kebangsaan dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy berkata senarai tersebut telah diluluskan Kementerian Kewangan.

"Jika ada apa-apa tambahan dari segi bilangan ubat-ubatan yang dikecualikan GST, ianya perlu mendapat kelulusan kerajaan dahulu.

"Selain itu, 126 jenis peralatan perubatan termasuk peralatan pembedahan turut mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk dikecualikan GST," kata Subromaniam ketika sidang media di Putrajaya petang tadi.

BACA: Perspektif penuh mengenai GST