Seramai 40 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan pindaan menjadi anggota kumpulan haram 'Jee Jin Tong', awal tahun ini.
Seramai 25 daripada mereka membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Azureen Sahirah Saufee Afandi manakala 15 yang lain di hadapan Majistret Siti Hajar Ali selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di dalam kamar mahkamah sama.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua mereka yang berumur antara 20an dan 60an itu didakwa menjadi anggota geng Jee Jin Tong yang juga satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di Jalan Permas, Bandar Baru Permas Jaya, di sini, pada 14 Jan lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesemua mereka adalah Seow Hwee Kiang, Lee Boon Hui, Fung Ka Siong, Chua Kah Tat, Mah Jia Fei, Lai Kah Fei, Wilson Chua Yue Hua, Lim Wen Hao, Eugene Chiam Tow Shen, Chan Chun Fei, Yap Boon Chuan dan Benny Chang Xin Hao.
Mereka yang lain, Lau Fook Soon, Liew Yun Choy, Jacky See Jiin Long, Ng Zhen Lun, Ng Soon Kiat, Lim Heng Kiaw, Wong Jin Wei, Dinesh Balakrishnan, Sau Kah Kwee, Ong Hwee Hau, Lew Kai Yann, Kok Kat Ting, Koh Xian Ming, Lim Thiam Poon, Eric Mah Wai Soon, Tan Hong Chai, Tan Chee Hong, Leong Wen Hao, Tan Xiang Wei, Koh Suei Chuan, Lee Choon Seng, Jimmy Seah Thian Heng serta Wong Siau Boon.
Turut dituduh adalah Gan Jia Ji, Yip Kah Hoo, Fong Ling Chiow, Leong Zhong Hen dan Woon Kian Hui.
Mahkamah hanya membenarkan seramai 35 daripada mereka diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang.
Mereka yang tidak dibenarkan ikat jamin pula adalah Gan, Yip, Fong, Leong dan Woon memandangkan kesemuanya menghadapi pertuduhan lain berhubung Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Antara peguam yang mewakili tertuduh adalah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datin Freda Sabapathy, Sukaimi Mashud dan Mohd Daud Ismail.
Mahkamah turut menetapkan 10 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, pada prosiding pagi tadi, pihak pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Roslan Mat Nor dan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap kesemua tertuduh di Mahkamah Tinggi, di sini.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pendakwaan dan memerintahkan pertuduhan pindaan itu disebut di Mahkamah Majistret, di sini, memandangkan pertuduhan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret.
Pada awal tahun ini, kesemua tertuduh berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jin Jee Tong yang mana pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.
Mereka berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan dan ketika itu kesemuanya tidak dibenarkan sebarang ikat jamin dan tiada pengakuan direkodkan.-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 12 2018
Seramai 40 lelaki dihadapkan di dua Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan pindaan menjadi anggota kumpulan haram 'Jee Jin Tong', awal tahun ini. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
40 lelaki mengaku tidak salah jadi anggota kumpulan haram
Seramai 40 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan pindaan menjadi anggota kumpulan haram 'Jee Jin Tong', awal tahun ini.