Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara Indonesia ditahan di bawah Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Manusia (ATIPSOM) atas kesalahan mebawa masuk 40 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ke Tawau.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ketiga-tiga suspek ditahan dalam satu operasi khas awal pagi Khamis bersama tiga kenderaan yang memuatkan 20 lelaki 18 wanita dan 2 kanak-kanak.

Hasil siasatan mendapati mereka cuba dibawa masuk ke Keningau melalui jalan Kalabakan-Tawau dipercayai untuk dihantar ke ladang.

Siasatan juga mendapati kesemua PATI tersebut dari Nunukan, Indonesia memasuki Tawau pada 17 Julai melalui laluan tikus di laut.

Pihak ESSCOM merampas wang tunai, telefon bimbit dan kenderaan suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 26 J, Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.