Sebanyak 40 pusat tahfiz yang tidak berdaftar di Johor telah dikenal pasti sehingga hari ini.
Kebanyakkan pusat tahfiz itu adalah milik persendirian dan menjalankan operasi mereka di bangunan kedai serta kawasan kampung.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, kesemua pusat tahfiz tidak berdaftar itu dikesan hasil pemeriksaan dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.
Katanya, kewujudan pusat tahfiz tidak berdaftar ini memberi impak dan pandangan negatif terhadap institusi tahfiz sebenar.
Ada di antara pusat tahfiz terbabit tidak menepati syarat bangunan, jumlah murid sedikit, guru tidak bertauliah dan lebih menyedihkan, mereka juga mengambil kesempatan untuk mengutip derma dan sumbangan tanpa kebenaran.
"Dia (pusat tahfiz) kena ikut peraturan kita. Kalau tidak, kita akan tutup pusat-pusat tahfiz tak berdaftar ini dan pelajarnya kita akan pindahkan kepada sekolah yang betul, yang ada guru berkelayakan dari Universiti Al-Azhar. Ini supaya kita boleh pantau kegiatannya, kata Abd Mutalip.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skim bantuan Guaman Syarie 2018 di Mahkamah Syariah Negeri Johor di sini.
Skim tersebut yang bermula 1 Feb dirangka bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman syarie yang ditawar mengikut keperluan kes.
Abd Mutalip menjelaskan kos guaman menerusi skim terbabit jauh lebih murah berbanding kos sebenar hingga mencecah RM4,000.
Sebanyak RM500,000 dana disalurkan dalam skim ini bagi mereka yang layak dengan syarat beragama Islam, warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Johor, pendapatan tidak melebihi RM3,000 dan tidak mendapat khidmat daripada Jabatan Bantuan Guaman.
Astro Awani
Tue Jan 30 2018
Kata Abd Mutalip, kebanyakkan pusat tahfiz yang tidak berdaftar adalah milik persendirian dan menjalankan operasi mereka di bangunan kedai serta kawasan kampung. - Gambar hiasan
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
KPT pertimbangkan laluan khas politeknik kepada pelajar aliran agama, huffaz
Cadangan itu bakal membuka peluang serta laluan lebih besar untuk pelajar jurusan berkenaan mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT.
Program TVET tahfiz luaskan peluang kerjaya pelajar - Mustapha
Program TVET yang diperkenalkan di pusat tahfiz berupaya memperkasakan pengetahuan dan kemahiran pelajar serta memberi peluang kerjaya yang lebih luas.
Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid
Menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Kewangan, lebih 220,000 huffaz dari maahad tahfiz berdaftar akan terus dibantu.
Garis panduan bantu lancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian - Mohd Zawawi
Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu garis panduan bagi melancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian di negeri ini yang berdepan beberapa kekangan.
500 pelajar tahfiz di Perlis akan didedah dengan program TVET
Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada pelajar yang sedang mengikuti program tahfiz di Perlis.
Santuni, dorong pelajar tahfiz serlah potensi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, pelajar tahfiz tidak seharusnya dibiarkan hanya untuk imam dan bilal, tetapi juga berjaya dalam bidang profesional.
Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.
Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.
YIPP gerakkan usaha pastikan pelajar tahfiz duduki peperiksaan SPM
YIPP menggerakkan program dikenali sebagai 'fast track' SPM dengan menyasarkan 200 pelajar tahfiz untuk mengambil SPM bermula Julai 2022.
KPLB tawar kursus TVET untuk pelajar tahfiz - Mahdzir
Pelajar tahfiz yang menyertai kursus TVET itu akan mengikuti pembelajaran selama enam bulan sebelum diberikan sijil mengikut kemahiran yang dipilih.