Hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksikan jumlah jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji pada musim ini meningkat sebanyak 1,100 orang berbanding 30,200 jemaah yang diumumkan sebelum ini.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada laporan yang diterima, sebanyak 31,300 jemaah Malaysia berada di Tanah Suci untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima itu.
"Mengikut laporan daripada pengurusan Tabung Haji, setakat hari ini (semalam) jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah adalah sebanyak 31,300 orang," katanya kepada pemberita di Arafah pada Khamis.
Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melawat khemah penempatan jemaah Malaysia di Arafah menjelang Hari Wukuf.
Sebelum ini, ketika melawat beberapa maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Mekah, Abdul Azeez memberi bayangan untuk mengumumkan di Arafah angka sebenar jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji pada musim ini.
Beliau berkata pertambahan bilangan jemaah haji Malaysia itu adalah berikutan hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.
Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata setakat Khamis, seramai 20 jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci.
Daripada jumlah itu, beliau berkata TH akan melaksanakan 12 badal haji untuk jemaah terbabit manakala lima lagi pernah menunaikan ibadat haji dan lembaga berkenaan tidak akan berbuat demikian kepada mereka.
"Tiga lagi jemaah, kita tidak sempat melaksanakan badal haji tahun ini kerana meninggal dunia hari ini (Khamis). Insya-Allah, Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk mereka tahun depan," katanya.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata 12 jemaah Malaysia masih dirawat di hospital di Mekah, dan daripada jumlah itu empat masih koma manakala lapan lagi sedang dipantau kesihatan mereka.
"Bagi mereka yang uzur dan tidak dapat melaksanakan wukuf, kita akan mengembalikan wang RM9,980, dan Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada mereka untuk melaksanakan ibadah haji tahun depan," katanya.
Malam tadi, jemaah haji Malaysia bergerak ke Muzdalifah secara berperingkat untuk mabit (bermalam) sebelum terus ke Mina.
Di Mina, jemaah Malaysia akan melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (1 Sept) sebelum melontar ketiga-tiga jamrah - Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra - pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2017
Pertambahan bilangan jemaah haji Malaysia itu adalah berikutan hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. - Gambar fail
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.