Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 yang akan
diadakan selama tiga hari mulai 8 Sept ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, daripada jumlah tersebut 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual. Lembaga peperiksaan juga turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.

Jadual waktu peperiksaan juga boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my.