KUALA LUMPUR:Seramai 456 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut merupakan lima perkara penting dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu (31 Oktober 2020):

1) Kesemua 456 individu yang ditahan telah dikompaun.

2) Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka (174), gagal melakukan penjarakan fizikal (74) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri (72).

3) Operasi Benteng semalam berjaya menahan 12 pendatang asing tanpa izin dan dua buah kenderaan darat.

4) Sejumlah 9,960 individu sedang menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara, dengan 381 dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan.

5) Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melakukan 1,708 pemeriksaan dan sembilan premis diberi nasihat kerana gagal mematuhi SOP disediakan.