Seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lepas mencatat keputusan 8A, demikian diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya serta mengekalkan kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2014.
Menurutnya, sebanyak 197,623 calon UPKK mengambil lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Jawi dan Khat; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.
"Daripada itu, Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti Bidang al-Quran dengan 99.6 peratus lulus.
"Pencapaian ini sekali gus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian," katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
Jamil Khir berkata mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan 94.23 peratus, diikuti al-Quran (91.83 peratus); Adab (90.48 peratus); Ulum Syariah (87.95 peratus) dan Sirah 83.61 peratus.
Jamil Khir berkata keputusan UPKK kini boleh disemak secara dalam talian di http://semakan.islam.gov.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS ) di MySMS 15888 bermula 11 pagi tadi.
Pernyataan keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 3 petang ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2017
JAMIL KHIR: Kejayaan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
46,461 calon UPKK 2016 peroleh 8A, meningkat empat peratus
Kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya serta mengekalkan kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2014.