Lebih 46 kenderaan 'buggy' dilaporkan hangus di sebuah bengkel simpanan Kelab Golf di Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.45 pagi tadi selepas salah seorang pekerja penyelenggara terdengar bunyi letupan dari bengkel simpanan itu.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa Setapak dan Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan sejurus selepas kebakaran dilaporkan.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan kira-kira 2 jam kemudian.

Bengkel seluas 4,900 kaki persegi itu hangus dijilat api.

Ketika kejadian, tiada pekerja yang bertugas.

Anggaran kerugian masih disiasat.