Kira-kira 5,000 warga Selangor dari pelbagai kaum dan agama berhimpun di Dataran Mayang, Seksyen 16, di sini bagi menzahirkan kesetiaan dan mempertahankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Perhimpunan rakyat 'Daulat Tuanku' yang bermula pada 9.30 pagi itu bertujuan mempertahankan dan menzahirkan daulat kepada baginda berikutan kenyataan anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim menghina Sultan Selangor menerusi Twitter baru-baru ini.
Ia juga sebagai mengecam Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataan menghina etnik Bugis yang telah mengguris hati baginda dan mendesak tindakan tegas diambil terhadap kedua-dua ahli politik itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar berkata himpunan itu yang dianjurkan pimpinan BN negeri di semua peringkat menuntut kerajaan PKR Selangor melarang Zaid dan Dr Mahathir berucap di mana-mana kawasan atau premis di Selangor.
"Polis juga tidak harus mengeluarkan sebarang permit bagi Zaid dan Dr Mahathir berucap di mana-mana perhimpunan dan pentas politik di Selangor," katanya ketika berucap pada himpunan itu yang disambut oleh sorakan gemuruh rakyat Selangor.
Turut hadir beberapa pemimpin BN dan badan bukan kerajaan Selangor.
Noh yang juga penasihat himpunan itu berkata pihaknya mahu Zaid dan Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan disiasat di bawah Akta Hasutan.
Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan PKR dilihat tidak berbuat apa-apa dalam mempertahankan baginda susulan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina etnik Bugis hingga menyebabkan Sultan murka, lebih-lebih lagi menjelang Hari Keputeraan baginda yang disambut esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
Kira-kira 5,000 warga Selangor dari pelbagai kaum dan agama berhimpun di Dataran Mayang, Seksyen 16, di sini bagi menzahirkan kesetiaan dan mempertahankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. -Bernama
Data & Statistik: prestasi Bursa Malaysia setakat 29 Mac 2024
Di bursa tempatan, Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menasihatkan pelabur untuk kekal berwaspada dengan peluang belian semasa harga rendah.
Sandro Tonali terus terpalit dengan isu pertaruhan
Tonali didakwa telah melanggar peraturan FA E8 sebanyak 50 kali dengan membuat pertaruhan pada perlawanan antara 12 Ogos dan 12 Okt 2023.
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Analisis FBM KLCI: Prestasi dan Jangkaan untuk Suku Kedua 2024
Imran Yassin Md Yusof, Ketua di MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi pasaran saham untuk suku pertama tahun 2024 dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beliau menghuraikan sektor-sektor yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sektor-sektor yang mengalami penurunan pada suku pertama ini. Imran juga memberikan jangkaan dan ramalan MIDF Research mengenai prestasi pasaran saham dan ekonomi untuk suku kedua dan seterusnya.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.