Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil akan membuat pengakuan bersalah sekiranya representasi bagi menggugurkan dan mengurangkan lima pertuduhan jenayah dihadapinya diterima Pejabat Peguam Negara.
Perkara itu dimaklumkan peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil pada hari pertama perbicaraan lima kes tersebut di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
“Sekiranya representasi berjaya, anak guam saya ingin mengaku bersalah dan ini sekali gus dapat mengurangkan kos dan masa mahkamah,” katanya.
Terdahulu, Megat Syazslee, representasi itu dihantar pada Jumaat (23 November lalu) kepada Pejabat Peguam Negara dan dalam prosiding hari ini, beliau memohon untuk penangguhan perbicaraan sehingga keputusan mengenai representasi itu diterima.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran berkata, pihak pendakwaan mengesahkan sudah menerima representasi itu pada lewat petang Jumaat lalu.
“Pihak pendakwaan masih belum sempat meneliti keseluruhan dokumen itu namun bagi perbicaraan pada hari ini, empat saksi hadir untuk memberi keterangan.
“Justeru, saya serahkan kepada budi bicara mahkamah sekiranya perbicaraan kes ini ingin ditangguhkan,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kepada 6, 12, 13 dan 14 Disember depan.
Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Sementara itu, pada 9 Mac lalu, Farid Kamil didakwa sekali lagi atas pertuduhan membuat keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis yang mendakwa dirinya dianiaya apabila minumannya dimasukkan dadah oleh tiga rakannya termasuk pelakon Sofi Jikan. - Sumber: Harian Metro
Gempak
Wed Nov 28 2018
Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengelularkan kata-kata kesat. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Farid Kamil tampar pipi, tendang kemaluan saya - Saksi
Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.