5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara

5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara
Zuraida berkata KPKT bertanggungjawab dalam memberikan permit pengeluaran lesen import (AP) sisa plastik HS Kod 3915 kepada syarikat-syarikat yang mematuhi peraturan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan serbuan telah dijalankan dan notis dikeluarkan kepada pengusaha kilang haram kitar semula plastik import di Kuala Langat.

Menurut menterinya, Zuraida Kamaruddin hasil daripada serbuan tersebut, lima pengusaha kilang didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara serta denda kerana tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

“Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 denda adalah RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun, (manakala) kesalahan melibatkan kesan-kesan bahan kimia termasuk yang dilepaskan di sungai adalah RM100,000 dan denda lima tahun penjara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat (PAS) Che Abdullah Mat Nawi mengenai langkah yang dilakukan oleh kementerian tersebut dalam menghapuskan sisa plastik import dari kilang haram.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata KPKT bertanggungjawab dalam memberikan permit pengeluaran lesen import (AP) sisa plastik HS Kod 3915 kepada syarikat-syarikat yang mematuhi peraturan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pemantauan bersama pihak-pihak berkaitan sentiasa dilakukan oleh kerajaan bagi membanteras operasi kilang haram.

“Kehadiran kilang-kilang haram yang disebutkan dan banyak tular di media sosial bukanlah kilang-kilang yang diberi lesen oleh KPKT.

“Jadi, setiap serbuan yang kita lakukan termasuk serbuan bersepadu bersama institusi kerajaan yang lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Syabas dan Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Alam Sekitar,” katanya.

Tag: kilang haram, pencemaran alam sekitar, Dewan Rakyat, Zuraida Kamaruddin, PAS, Pakatan Harapan, Kuala Langat, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.