SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.


1. Terkini COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta masyarakat dunia agar berhati-hati kerana "masih terlalu awal" untuk menjangkakan penularan virus ini akan berakhir susulan penurunan kes terbaharu yang direkodkan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata jumlah kes terbaharu di China stabil sepanjang minggu lalu namun ia perlu diterima dengan langkah berhati-hati.

Ia susulan jangkaan pakar epidemiologi yang juga Penasihat Perubatan Kerajaan, Zhong Nanshan yang meramalkan penularan COVID-19 akan berakhir pada April.

Dalam pada itu, kerajaan berharap dapat menyegerakan penubuhan jawatankuasa kerja bersama berkaitan COVID-19 dengan Singapura dalam masa seminggu ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru orang ramai mendapatkan berita daripada sumber sahih berhubung penularan COVID-19.

Untuk rekod, jumlah jangkitan di Malaysia kekal pada 18 kes sehingga Rabu.



2. Virus bertahan 9 hari

Para saintis telah mendapati wabak koronavirus (COVID-19) mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga sembilan hari.

Permukaan yang mempunyai potensi jangkitan adalah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan sebagainya.



3. Harvard pelik Indonesia tiada kes COVID-19

Indonesia mengkritik kajian Universiti Harvard yang mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di negara paling ramai di Asia Tenggara itu.

Kajian itu mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di republik berkenaan walaupun negara berkenaan mempunyai laluan penerbangan yang luas ke China, termasuk ke Wuhan, lokasi tercetusnya wabak berkenaan.



4. Jenayah

Di DUNGUN, suspek kes tetak seorang buruh ladang di Dungun pada Rabu mendakwa dia boleh berkomunikasi dengan Tuhan serta melihat makhluk halus.

Menurut isteri mangsa, Rosnah Muhamed, 34, suspek menceritakan perkara tersebut sebelum bertindak menetak bahagian leher suaminya yang juga rakan suspek.


Di KLUANG, seorang guru lelaki parah akibat ditetak oleh tiga lelaki di hadapan rumahnya di Taman Seri Impian, di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada jiran guru berkenaan yang terdengar jeritan pada kira-kira pukul 7 pagi.




5. Sukan

Liga Bola Sepak Inggeris
Bristol City 3 - 2 Derby
Huddersfield 0 - 3 Cardiff
Luton 1 - 0 Sheff Wed
Millwall 1 - 1 Fulham
Reading 1 - 2 West Brom
Stoke 0 - 2 Preston