SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

1. MB Perak angkat sumpah hari ini

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar perak ke-13 berlangsung di istana iskandariah, kuala kangsar hari ini.

2. Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN

Kementerian Dalam Negeri akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas peguam negara yang tidak meneruskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam (LTTE), jelas menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

3. COVID-19: KKM rayu ahli jemaah tabligh tampil buat ujian saringan

Kementerian Kesihatan meminta semua pihak, khususnya ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan di Masjid Sri Petaling, tampil segera melakukan ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19.

4. COVID-19: Semua masjid di Singapura ditutup selama 5 hari mulai hari ini

Singapura akan menutup sementara kesemua 70 masjid di republik itu mulai hari ini selama lima hari bagi kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan, menurut Majlis Ugama Islam Singapura.

5. Pasaran saham Amerika Syarikat merundum

Pasaran Saham Amerika Syarikat mengalami kejatuhan terbesar sejak 1987 berikutan kebimbangan mengenai kejatuhan ekonomi dari krisis COVID-19 dengan Dow Jones menjunam lebih daripada 2,300 mata, atau 10 peratus.